Saturday 27 December 2008

Penggunaan Bahasa Melayu di dalam Blog

Oleh kerana kekurangan blog yang ditulis dalam Bahasa Melayu, maka saya memulakan langkah dengan menulis blog saya dalam Bahasa Melayu. Ini juga menunjukkan penentangan saya terhadap usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam matapelajaran Sains dan Matematik.

Bagi saya, mengajar pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu bukanlah punca kelemahan pelajar-pelajar Melayu untuk menguasai Bahasa Inggeris. Saya sendiri belajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu dan dibesarkan dalam suasana Melayu dimana menggunakan Bahasa Melayu longat Kelantan di dalam rumah seratus peratus.

Semasa saya mula menjejakkan kaki di Leeds, England, ada beberapa orang Inggeris menggelarkan saya 'Yankee' atau maksudnya orang Amerika kerana loghat Bahasa Inggeris saya banyak menghala ke arah Amerika Syarikat dan ada juga menganggap saya ni seorang berbangsa Sepanyol kerana rupa paras dan warna kulit seakan Hispanic.

Setiap kali orang Inggeris bertemu saya, ada diantara akan bertanya, macam mana saya boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris Amerika? Adakah saya dibesarkan di Amerika dan bermacam-macam lagi. Jawapan saya agak mudah, saya terlampau banyak menonton rancangan tv Disney semasa saya kecil. Semasa saya kecil, saya ingatkan Amerika tu negara saya dan Jimmy Carter tu President saya dan ini mungkinlah kerana bendera Malaysia seakan-akan bendera Amerika Syarikat. Jadi saya berharaplah Kerajaan Malaysia akan berbuat sesuatu terhadap bendera Malaysia supaya dapat mengurangkan lahirnya kanak-kanak yang bingung seperti saya.

Selepas pada itu, oleh kerana bosan dengan gelaran Yankee oleh orang-orang Inggeris, saya belajar pula bertutur dalam loghat Inggeris Yorkshire dan Manchester. Sehinggakan ke hari ini, saya masih lagi bertutur dalam loghat Inggeris Mancunian (Manchester) dan sedikit loghat Yorkshire.

No comments: