Tuesday 30 December 2008

Sejarah Jambatan (draft)

Sejarah awal jambatan disekitar sebelum tahun 2000 sebelum masihi hanyalah sebatang pokok yang ditumbangkan dan digunakan sebagai alat untuk menyeberangi sesuatu sungai atau untuk pergi ke sesuatu tempat. Kebanyakan bahan yang dijadikan sebagai jambatan pada masa ini adalah terdiri dari bahan-bahan semulajadi seperti kayu dan batu. Selepas beberapa ketika, pemahaman dari segi kekuatan dan kekurangan terhadap setiap bahan meningkat telah menyumbangkan kepada perkembangan bahan-bahan moden dan rekabentuk jambatan.

Jambatan yang pertama

Jambatan berbentuk gerbang (arch bridge) telah dikatakan bermula pada zaman Empayar Rom pada kurun kedua sebelum masihi dan jambatan gerbang Rom biasanya berbentuk separuh bulat.

Jambatan Arkadiko di Greece - kemungkinan jambatan gerbang tertua di dunia


No comments: