Monday 29 December 2008

Fakta Mengenai Manchester United

Pasukan United pertama - 1892/93


Pada tahun 1878, pekerja-pekerja keretapi di depoh Newton Heath, Manchester telah menubuhkan satu pasukan bolasepak 'United Team Newton Heath' atau lebih dikenali sebagai "the Heathens". Pekerja-pekerja keretapi ini bermain bola di suatu padang yang kecil di North Road, Monsall Road Newton Heath.

Newton Heath mula memasuki Piala Lancashire buat pertama kali pada tahun di dalam musim 1883-84. Newton Heath dikalahkan oleh Blackburn Olympic 7-2 pada pusingan pertama perlawanan dan pada tahun berikutnya dengan 8,000 peminat bola sahaja, mereka mengalahkan Manchester F.C. 2-1.

Pada tahun 1902, nama pasukan bola Newton Heath dicadangkan ditukar kepada 'Manchester Central' tetapi cadangan itu telah ditolak kerana mirip kepada stesyen keretapi.


Bekas stesyen keretapi, Manchester Central

Ada juga yang mencadangkan supaya nama pasukan bolasepak ditukar kepada 'Machester Celtic' tetapi cadangan itu juga telah ditolak. Pada tahun yang sama, Louis Rocca telah mencadangkan nama pasukan ditukar kepada 'Manchester United'. Pada hari Sabtu, 26 haribulan April tahun 1902 bersamaan 17 Muharram 1320 Hijrah, pasukan bolasepak Newton Heath dengan secara rasminya dikenali sebagai Manchester United.

No comments: